CHEWABLE VITAMIN C PLUS
Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam
jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang
membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh
didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori
nutrisi ini membantu mengurangkan
kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah
kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan
kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.
Vitamin C Mudah Rosak
disebabkan:
*Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang
merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
*Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan
mental
*Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan
sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum
digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu
lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Keperluan Vitamin C dalam Badan:
*Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem
imun tubuh lebih tinggi
*Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
*Menguatkan struktur gigi dan gusi
*Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan
vitamin C
*Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam
membinan dan menguatkan sel- sel tisu dalam badan
*Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian
dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
*Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu
serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C
yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan
stress)
*Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh
seperti nitrates dan nitrites
*Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan
mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
*Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah
dalam badan akan bertukar)
*Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
*Membantu dalam proses pemulihan kudis
*Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat
mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser
kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar
(rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
B-COMPLEX
*B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B
termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik. Kesemua komponen ini perlu ada pada
vitamin B utk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan sempurna.
*Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak
akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.
Manafaat Utama:-
* Menukar mknan kpd tenaga- membantu penghadaman, menukar
lemak, karbohidrat dan protein kpd tanaga sekaligus mengurangkan mslh
keletihan/kelesuan.
* Melawan tekanan- Memastikan kesihatan fungsi saraf
sekaligus meredakan sakit kepala,tekanan, kemurungan dan insomnia.
*Membantu tumbesaran-Menggalakkan tumbesaran yg sihat dan
normal bg bayi dan kanak2. Membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta
mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
* Rambut beruban dan gugur- Membaiki masalah kulit
kepala,kelumumur,rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
*Baik utk mata- Mengurangkn mslh keletihan mata, mencegah
katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya
pemerhatian /fokus.
* Mencegah Anemia- membantu pembentukan darah merah yg sihat
dan antibodi,merangsang sirkulasi darah dlm tubuh,merendahkan paras sistin utk
kesihatan kardiovaskular,merawat dan mencegah anemia,sakit kepala, lemah
semangat,keletihan , migarain, muntah2,mabuk darat dan laut.
*Meredakan senggugut- Baik utk mslh PMS, meredakan
kerisauan,keresahan dan mslh penghadaman,terutamanya mereka yg mengambil ubat
hormon dan ubat tahan sakit.
*Mencegah Perlcche- dikenali juga sebagai rekahan mulut
(mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
VITA LEA MULTI VITAMIN &MULTI MENERAL
* Membantu dalam
mengekalkan kesihatan yang baik.
* Mengandungi beta
karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
* Mengandungi
kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
* Biotin dan asid
pantotenik membantu untuk metabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
* Vitamin B12
membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu
yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan
pakar sebelum mengambil produk ini.
VITAMIN E
*Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
* Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
* Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
* Mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
* Vitamin E boleh mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Vitamin E dapat membantu mengatasi masalah kedinginan.
*Pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.
* Vitamin E dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet
No comments:
Post a Comment